CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 21 Ogos 2011

entry pendek..

 assalamualaikum semua...
walopown follower tidak berape....tpi! bila ada niat di hati nk berkongsi...
inilah tmpat yg saya tujukan!


tpi mmg aq akui...blob ni masih x banyak post..
dan cara penyampaian pown x sematang bloggers2 yg lain...
xpe2...i will take my time!  sbb x semua benda yg sempurna akan jadi sekelip mata...
tapi aq akui jugak,....aq ni lebih kepada menjadi pembaca blog org lain daripada post blog untuk dibaca...
yup..mugkin kerana hobi saya ialah membaca blog...tpi bukan membaca buku ilmiah...

dan bila dok baca bolg org akan ada satu masa yg hati aq akan terdetik untuk buat entry baru...
itu bermakna aq tgh terlalu rajin lah tuu
sbb aq sgt malas untuk update blog!..

haha...entry hari  ini hanyalah luahan hati yg kosong....

Ahad, 3 Julai 2011

Piramid Melayu Tersembunyi di Lautan Jepun.!

hi!...menarik x entry aq kali ni? 
hurm....kalo nk tau menarik ke x menarik.....
teruskan scroll sampai abis!

sebenarnya......aq pown x pernah tau semua bende ni....tapi.....oleh sebab aq ada join satu group ni yg di create di facebook....aq terbaca link yg dorang sibuk dok share2 tuu.....
so, aq coret kembali apa yg aq dah  aq tau....di blog aq yg bernama Coret-coret ni sbb nk berkongsi ilmu pengetahuan....sharing is caring kan? haha.....


so, ini hasil copy paste dari website yg di share dekat group fb yg aq join tuu....

Piramid melayu tersembunyi di lautan jepun

Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 723x768.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.
hurm.....panjang kan? tapi kalo kita betol2 sayangkan bangsa kita....
kita x kan kisah nk baca bende yg panjang lebar sebab nk tau sejarah bangsa kita...
apa yg korang rasa bila baca entry atas ni?
bagi aq lepas aq bace semua citer ni....aq rasa amat kagum....dgn bangsa aq....
sebab kalo korang sedar atau x....
bila orang sebut melayu jer.....ada satu gambaran yg x baik or persaan memandang rendah terhadap bangsa melayu....tapi semenjak aq bace semua ni...aq rasa bangsa melayu ialah salah satu bangsa yg hebat pada suatu ketika dahulu....sbb aq tau setiap bangsa yg pernah berjaya ada waktu kegemilangan dan kemundurannya....
tapi....perasaan aq yg begitu rasa kagum apabila aq bace entry laen yg ada kat website ni yg berkenaan Melayu...pada suatu ketika dahulu....
korang boleh ke website ni....sejarah melayu yg mugkin kita x pernah tau  
korang boleh baca sendiri kat  link yg aq bgi tuu....
tapi aq still nk share kat blog aq ..walopown entry aq dah lebih panjang dari karangan spm....haha

MELAYU - THE LOST TRIBE

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x545.

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

mbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1000.

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

* UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
* TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
* TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
* SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus



MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.


Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.




 Lepas baca semua ni....aq rasa sangat kagum dgn bangsa aq....
aq suke share  pasal sejarah sbb kalo nk blaja sejarah kat sek.or bilik kuliah...mmg x lah...kan korang nk dengar...sbb dari pandangan aq kita suka belajar sejarah secara x formal...contoh nya melalui baca blog...(mcm yg aq buat sekarang ni)

Tapi buat pengetahuan korang...fakta ni aq x tau lah dikatakan betol2 benar atau palsu...
so kalo dah bace tuu anggap sebagai penambah ilmu pengetahuan..sbb sejarah bagi aq kadang2 ada yg benar dan ada yg kita tak tahu ianya betul2 sahih atau tidak...wallahualam......
 
Sampai disini sahaja coretan aq hari ini....anyeong!

 

Jumaat, 1 Julai 2011

LDK .....xmau2..

Esok.....2 Julai 2011.....bersamaan ari sabtu.....
but..!! sok ari yg paling malas,.........really malas....
hanya kami (pelajar uitm kuala pilah part 3 ) yg tahu nape

esok ialah ari untuk kami BERLDK......
ldk tu latihan dalam kumpulan..every part for uitm student akan kena g ldk ni....ni program wajib...kalo x g alamat ko repeat lah...next sem.....(sape yg xde keje kadang suke gak x dtg pastu next sem g dua kali ldk...mmg xde keje tu bai..)

tapi sem ni agak pelik sikit....sbb slalu ceramah combine dgn ldk tuu se ari tapi mulai sem ni....ceramah mggu lain ldk minggu lain....perhh....mmg kitorang gemar dgn sume ni....dari pagi sampai ptg ....
mmg terbaik lah kan...

apa yg nk dikata kan sebenar nya ialah....aq SERIUS  MALAS nk pergi....\
bukan apa slalu nya boring aktiviti yg kitorang wat....(kalo x boring...xdelah aq x mlas nk g kan...)
n sudah semestinya......rakan2 se uitm aq yg laen turut berkongsi rasa yg sama....haha...

tapi mlm ni....disebabkan  sok nk berldk...so aq nk  tngok movie mlm ni..haha...
walopown assigment melambak..tapi aq nk revenge mlm ni tuk sok haha
kpd pembaca2 blog ini sila jgn ikut perangai aq yg x bersahsiah ini yea....(< mmg patut pown ko kena g lak )
sampai di sini saje coretan aq ....anyeong(^__^)v

Khamis, 30 Jun 2011

hati yg terhimpit

hi! all.....
   x tau lah....sejak beberapa ari ni....asik nk tngok blog....pkir nk tulis apa kat blog(kuiz..test..mlas plak ko nk pikir kan.....)walopown rasa penat n amat ngantuk ni....tapi tangan nk menaip tetap bersemangat seperti dah perkena redbull satu tin...!..Maklumlah....ptg tadi aja koku...mlm ni plak spatut nya aq kena training Basketball....tpi aq x trun sbb pkir nk blaja ...sok pgi ada kuiz math n ptg plak ada test physics..amik ko!
  Tapi last2 aq wat keje x berfaedah kat bilik....hurm....apa pown x boleh~  ~ ~...
tapi apa sebenar nya kaitan tajuk post aq ...dgn segala leteran aq dri awal tadi?..aq pown dah confuse ni..
  x....hati yg terhimpit tuu sbb aq nk blaja tpi last2 aq g buat keje lain....on9 fb lah....tulis blog lah...dngar lagu lah....tngok tutorial hijab lah....last2...aq letak laptop aq atas bku math....perh....!! apa korang rasa ?kalo korang jadi bku math 2?pastu aq letak laptop atas korang?  aq rasa kalo pling baik pown aq akan kena maki sepatah dua kata dari korang...n pling truk......aq rasa aq kena humban dari tgkat 5 sm ke bwah...padan muka aq...(seri menanti-kolej kediaman yg sedang aq duduki....)
  alah....tapi bukan salah aq....meja yg aq dapat kecik ...!! (mmg x reti bersyukor!)...last buku matha aq jadi mangsa kena tindih...huhu...
    actually 1st2 hati aq berkobar-kobar !! nk blaja math...sbb rmai kata math is interesting.....but sorry!..aq x kan ckp mcm 2..bukan apa ...dah aq x suke nk ckp mcm 2...x kan aq nk ckp mcm tuu....aqsuka math tpi aq pling sakit ati bila x dpt solve kan soalan....so dlm kamus idup aq dah termaktub yg math 2......no komen...
  Perasaan berkobar2 tu dah terhimpit dgn perasaan nk post blog....2 je sebenar nya....sbb aq jeles sangat...melin chomot tuu...slalu post...aq ni setaun pown susah nk dapat 10 post....sedih....huhu....
    Kalo korang nk tau aq ni suke bce blog orang....sorry..! aq bukan STALKER ..aq bce dgn legally...aq jadi follower...tapi sometimes ada gak yg aq x follow  but aq still ikut blog dia ...(dia = bukan spesifik pda gender lelaki ok!...dia ialah unknown) tpi org2 mcm tuu patut nya berasa terharu kerana dgn ada nya org mcm aq ni...blog diorang jadi feymes hoho....(x tau nape....tiap detik ati aq akan menjerit2 n meronta2 nk pkir pasal cuti midterm,....weh....aq rindu gler umah aq ni,....bukan homesick lagi...but home cronic)haha...
  ok...sampai kat sni je coret2 aq....(kalo aq coret banyak ni kat dinding sek. sah2 kena pelempang dgn cikgu disiplin bertubi2)...anyeong...(^__^)v

Khamis, 23 Jun 2011

melayan perasaan....

hurm.....
 actually....aq tgh homesick ni......
 walopown.... lambat lagi nk tggu midterm break....tpi...asiok teringat umah je ni...
 so mcm biasa....wat assigment........
 tapi....kelajuan menyiapkn assigment sama shaja sperti wifi subssidi di sini....ahaks!..terlampau lah lembap.....
 tapi apa yg nk di citer kat sni.....
  sbenarnya....
 x tau nape....
slalu ...dulu aq ade satu problem....iaitu perasaan akan menyampah bila dengar lagu raya time bukan bulan ramadhan or syawal...
tapi skunk....aq agak pelik....
 sume tuu dah xde...
 tiap kali aq wat assigment..bila terkuar lagu raya....aq akan hayati....mcm esok pagi nk raya....
 hurm...mungkin disebabkan...berjauhan dengan family kot...agak nya lah...sebab nk kata jauh sangat tuu x jauh pown....negeri sembilan dgn selangor  je...org laen lagi jauh2...
 tapi aq ni jenis mlas blik..sbb x suke perasaan bile blik kolej blik apabila dah seronok dirumah....(sedih tau feeling tuu)
 swampai disini sahaja coretan aq....
 sbenarnya dah bertaun aq x maen coret2 kat blog ni....
    haha....kalo ada jodoh....aq tulis lagi...anyeong! (^ __^)v 

Isnin, 28 Februari 2011

anahaeseyo................holla........

assalamualaikum........
aq pendatang bru.........tpi ikut kan dah  lebih sminggu a construct...........
ha.....biasalah.........kanak2 bru belajar.........
so..kpd yg dah advanced dlm blogging2 ni...hulur2....lah tips.....haha.....
and...post yg 1st tuu agk problem tuk dibaca coz dah post dulu time tuu ...pastu....construct blik background and layout.....so..... agk truk.......
     x yah bace pown x pe.....x dew isi pown....1st post tuu.......
thanks........kpd yg sudi2 jenguk blog saya ni.......walopown..serba kekurangan.......
kalo sudi2..tu follow lah...........

  ok......terima kasih.....kamsahamnida.....(^__^)v....
  Assalamualaikum.......x jawab dosa......,kalo jawab ...sayang.....~~~~hehe

Jumaat, 25 Februari 2011

ONE STEP.....

ha! terperanjat tidak?..haha...aq pown x tau nk cakap camne....
tetiba jew.....aq dah adew blog.....
rasa nyew~~~~x pernah ade  niat nk wat blog pown...
tetiba.....jln...jln...and terus jalan......kat interbet..patu tertekan..blog..then terus wat blog..then..berjaya wat dgn smooth skali..hebat x hebat?ha! mestilah Butterscotch hebat........haha....
           one step coz.....ini  1st day wat blog......smoge blog ni x berhabuklah.......harap nyew....
so...tggu,,,,,,,,mcm lagi nk wat.....